Wednesday, November 3, 2010

Tips ajar anak

Source: Mommy On Board Blog

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak
die 2 thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun
melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena
practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas
tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM ,kelas sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu semester si Noni buat master….tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die
sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia buadak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah….Boleh gak practisekan kat husband ke, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah …tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas cari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kak nana sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu ahad…tu kelemahan sikit lah……….

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana ABC-Z guna card
seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja
perkataan pendek-pendek. buat card banyak-banyak dan tunjukk kat dia orang cepat-cepat..macam..a…b..c..d..e, insya allah cepat die dapat
sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar,gambar…potonglah gambar kat mana-man dsb….guna English jgn guna melayu……..

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak
korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mngemas tapi takpe………satu lagi cuba
korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die
orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. jg marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah talpa pi balik kat
cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memanglah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option cam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six
sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue
tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh
buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam Rajib…he…he..
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and
relaks….tak boleh buat time tenagh nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitalh bila dah terror ini semua satu cara yng tuhan lagi maha mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebaba bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…

Tuesday, November 2, 2010

Faris - 9 month old, second week

If your baby seems more clingy than usual, she's probably feeling separation anxiety - perfectly normal for a nine-month-old. It's really a good sign, showing that she's now able to distinguish between the familiar and the unfamiliar. She may refuse to open her arms to other adults, even ones she knows, and she may find bedtime distressing because it separates her from mum and dad. Separation anxiety usually peaks between 10 and 18 months, and then gradually fades. With extra cuddling and reassurance from you, she'll get through this stage and back to her social self.

Source : Baby centre

Monday, November 1, 2010

Doa Terbaik

"Sebaik-baik doa yang harus engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa-apa yang Allah perintahkan kepadamu."

Jadi, doa terbaik yang harus kita panjatkan kepada Allah adalah
doa minta dikuatkan iman, doa minta diberi ketaatan pada semua perintah dan diberi kekuatan menjauhi larangan, serta istiqamah dalam pengabdian. Rasulullah SAW mencontohkan sebaik-baik doa, yaitu:

Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, wa 'audzubika min sakhaathika wannaar.

Artinya, "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

Saat kita meminta ridha Allah, maka saat itu kita telah meminta hal paling berharga dalam hidup. Sebab, tidak ada gunanya harta, pangkat, jabatan, rupa, atau apa pun, bila Allah tidak ridha kepada kita. Bila Allah sudah ridha, maka semuanya akan jadi mudah. Dunia, insyaAllah akan kita dapatkan, dan akhirat pun akan kita peroleh.

Thursday, October 28, 2010

Faris @ 9 months

Faris sekarang dah laju betul merangkak...dah start nak panjat-panjat n boleh dah berdiri cket2...berdiri pegang2 kerusi.....
xlama lg penat le nenek dia nak kena kejar dia sana sini... hehehe

gambar baru xde pulak kat pc...
nanti-nanti la update gambar faris yg baru..

Tuesday, October 26, 2010

Warded @ Naluri MC

Ari Jumaat lepas Faris kena warded ...huhu...sib satu malam jer..
faris batuk teruk...doktor kata dia ada athma sket...pastu ala-ala nak ke bronkitis...
kena amik gas - ubat dia combivent...sehari 3x amik gas...pastu ubat kahak ngan antibiotik masuk ikut tangan...masa amik gas kadang2 ok, kadang2 xduduk diam..hehe..

kesian faris...
tp alhamdulillah faris dah semakin baik...
lps discharge, doc bagi ubat antibiotik dgn inhaler..incase klu sesak nafas...
dah sihat...lps ni blh la kita pegi jalan2 lagi yer...

Tuesday, October 12, 2010

Baked Macaroni Cheese




Resepi nyer :---

Bahan2

Macaroni San Remo (250gm)
1 biji Bawang Besar Kuning
3 biji bawang Putih (potong dadu)
3 sudu cili boh
ayam atau daging cincang (ikut byk mana suka)
3/4 susu cair IDEAL
1 tin sos prego- tradisi
shredded chees (secukup rasa)
sayur brokoli
sayur kobis bunga
Garam secukup rasa


1. Rebus Macaroni bersama sedikit olive oil dan garam


Kuah

1. Panaskan minyak (olive oil)
2. Tumis bawang + cili boh
3. Masukkan ayam atau daging
4. Masukkan sos prego (1 tin kecil)
5. Campurkan air (1/2 tin prego)
6. Masukkan susu cair IDEAL dan shredded cheese
7. Bila sudah mendidih masukkan sayur brokoli dan kubis bunga
8. Masukkan garam secukup rasa

Untuk bagi kuah pekat,
dalam periuk lain, masukkan olive oil dalam 2 sudu, kemudian campurkan 3 sudu tepung gandum , kacau dan panaskan sehingga jadi seperti pes.
kemudia masukkan ketika menumis bawang+cili+daging.


9. Pre-heat Oven dalam 10-15min (175 celcius)
10 Masukkan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam loyang. Gaul hingga sebati
11. Masukkan loyang ke dalam oven , bakar selama 20-35 min.
12. dah siap bakar..boleh la makan..
nyum nyum.nyum...


p/s: Kak ana , nanti buat tau..jgn tak buat...penat ni tulis resepi dalam blog
hehe

Thursday, September 2, 2010

Pop Cookies Nestle Cornflakes

Semalam berjaya buat cookies cornflakes...resepi ni amik kat belakang kotak cornflakes jer..hehehe.. ok la resepi ni, ade rasa la jugak..


Bahan-bahan:
250 gm Butter
...

alamak xigt pulak resepi....nanti la copy esok2..hehe

Hasilnya.. inilah dia..




Related Posts with Thumbnails