Monday, December 7, 2009

Resepi puding roti...

plan nak buat puding roti nie..tapi tak terbuat2 lagi...
aritu pegi rumah kakak ipar makan puding roti dia..sedap gak rasa dia.. sblm ni mmg xberapa suka puding roti ni...tp yg versi ni punye rasa sedap pulak di tekak...nak cube blh la try resepi ni...

Bahan-bahan:
8 keping roti
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan bakar pada 180 darj celsius selama 30 minit.

2 comments:

  1. Cik kak,
    mana gambar puding rotinya? heheheh

    ReplyDelete
  2. betul betul betul. Nanti bawak pe2 masakan kat opis okeh. Kitaorang leh jadi food tester dll. hehehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails