Weekend ni plan ni nak try buat kuih ketayap.
Resepi dah cari kat internet , ada byk sgt versi jumpe, 2 versi yang berminat..ada kat bawah nie...jom layan...;)
Versi 1
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
Utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau
utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan
Cara-cara
untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.
Versi 2
seperti yang saya janjikan.. ni resepi kuih gulung @ ketayap @ dadar @ yang seangkatan dengannya..kuih ni ade dua bab macam kuih donut tu juga.. dua bab yang saya maksudkan tu:
bab 1 = sediakan inti nye
bab2 = kulit
ok mula dengan bab 1 dulu ya:
2 biji kelapa tua yg telah dimesin ( yg sesuai untuk di buat inti)untuk kelapa yang dah dimesin ni, ambil isi kelapa yang putih je
500 g gula merah/perang yang cantik dan bersih
2 senduk gula pasir
Cara-cara
1. masukkan semua bahan di atas dalam kuali
2. masak sehingga gulanya kering ( api yang sederhana)
3. masukkan inti dalam bekas dan biarkan ia sejuk ok,
turn to chapter 2 :
4 cawan tepung gandum1 biji telur ayam1 camca teh garam halus1 sudu pewarna( ikut suka nak warna apa, tapi pakar mengesyorkan jenama STAR brand)
1 jag air masak ( saiz sederhana)
Cara-cara
1. gaul tepung + telur + garamni petua menggaul dari ibu saya, mula-mula masukkan garam dalam bekas, pecahkan telur dan gaul telur dan garam hingga garam larut. Ambil tepung secawan dan gaul bersama air sikit demi sikit then ambil lagi secawan tepung dan gaul lagi dengan air. Buat hingga 4 cawan tepung dan guna air yang berbaki untuk cairkan tepung. Last sekali isi pewarna pilihan anda
2. panaskan kuali guna api yang sederhana
3. tuangkan minyak yang bersih dalam mangkukuntuk minyak ni anda kena guna sedikit sahaja, ambil 2-3 helai daun pandan dan gunakan daun pandan tu untuk sapu minyak dalam kuali
4. masukkan 1 senduk adunan yang telah dibancuh dalam kuali dan golek kuali tersebut seperti anda membuat telur dadar
5. pastikan kulit kuih anda berbentuk bulat yang cantik
6. kulit ni sekejap sahaja dah masak, then boleh angkat dari kuali dan isi dalam piring
7. gulung kulit bersama inti
No comments:
Post a Comment