malam semalam buat, nasib faris tido. kalau tidak payah jugak nak buat keje...hehe.
Ini lah hasilnya, mari saksikan...
Rasa dia boleh tahan jugak...ok la resepi yang amik kat internet aritu...tapi rasanya agak manis..klu rasa nak kurang manis boleh la kurangkan cket kat sukatan gula tu...
Resepi:
Bahan A
Madu 5 Sudu Besar
Butter 150gm
Gula 90gm
Bahan B
250 gm Cornflakes
100 gm Choc Chips
100gm badam cincang ( kalau nak letak kacang lain pun boleh, nak letak kismis pun boleh, ikut selera hati)
1.Panaskan bahan A sehingga sebati di atas kuali dengan api perlahan
2. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B, gaul sebati.
3. Sudukan ke dalam paper cup.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 10-15 min.(klu 10 min tu dah nampak kuning2 golden tu blhla keluarkan dari oven, klu rasa x berapa rangup boleh bakar lagi cket). hehehe
ok kengkawan , selamat mencuba!!